DULU SURI RUMAH, SEKARANG JUAL TELEKUNG

DAPAT GAJI MACAM KERJA OFIS

 

Berapa ramai suri rumah kat sini , yang dah lama tak pegang duit sendiri tapi teringin nak dapat gaji macam kerja opis?

Ada 3 sebab utama kenapa suri rumah PERLU ada pendapatan sendiri.

  1. Sebagai back up plan : Kita tak tahu ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah. Sekiranya apa-apa berlaku pada suami atau rumah tangga, sekurang-kurangnya kita ada ikhtiar meneruskan kehidupan.
  2. Untuk tambah keyakinan diri : Mengikut kajian kami, memang ramai suri rumah yang mula hilang keyakinan diri terutama untuk bersosial kerana mereka merasakan kurang self value.

Hakikatnya….di Telekung Hiqmah – kami ada ramai Dropship yang terdiri daripada suri rumah dan dah  berjaya buat income sehingga 4-5 angka setiap bulan! Semuanya bermula sebagai DROPSHIP sahaja dan kini dengan bangganya menjadi Usahawan Telekung Hiqmah.

 

SIAPA TELEKUNG HIQMAH

Telekung Hiqmah diasaskan oleh Puan Amiza Amiruddin atau lebih senang dipanggil Kak Miza. Merupakan Usahawanita yang berjaya dan tak asing lagi dalam bidang perniagaan. Berpengalaman luas selama lebih 15 tahun dan sangat arif dalam selok belok perniagaan online. Beliau juga merupakan pengasas kepada jenama produk kesihatan dan kecantikan terkenal Ephyra dan kini melebarkan empayar perniagaan melalui Telekung Hiqmah bermula tahun 2021.

 

KOLABORASI MEMEY SUHAIZA

Selain itu, Telekung Hiqmah turut berkolaborasi dengan Memey Suhaiza, selebriti dan influencer yang mempunyai follower lebih 1.6 juta di media sosial. Pengaruh Memey Suhaiza yang juga merupakan seorang ibu, isteri dan usahawan menjadi pembakar semangat buat semua jemaah dropship TH.

 

BETUL KE JUAL TELEKUNG BOLEH BUAT INCOME MACAM TU BANYAK?

Kami faham perasaan anda. Secara logiknya semua orang fikir setiap muslimah dah ada telekung tersendiri. Tetapi menurut kajian kami, ada ramai rupa-rupanya yang dah bertahun-tahun tak tukar telekung. Malahan, ada yang pakai telekung dah sangat-sangat lusuh. Bukan tu je, telekung juga sebenarnya menjadi pilihan no.1 untuk dijadikan sebagai hadiah. Tak kiralah pada emak, adik beradik, kawan-kawan mahupun untuk bos!

Dekat sinilah PELUANG BESAR untuk JANA INCOME! Sebab ia bukan semata-mata kehendak, tetapi KEPERLUAN untuk ramai orang beli lebih dari sepasang dan ulang beli banyak kali! Lagi seronok, sorang customer beli sampai 40-50 pasang telekung sekaligus.

 

TAPI SAYA TAK TAHU NAK MULA BISNES CEMANA? 

Mari kami bantu.

Biasalah, benda yang baru memang semua orang takut. Mindset macam tu akan terjadi bila kita tak ada ilmu. Tak tahu mana nak mula. Rasa gelap dunia. Ibarat orang buta. Itu yang biasa berlaku dekat luar sana. Berapa banyak dropship yang syahid, tak tahu nak bermula.

Di Telekung Hiqmah, lain budayanya. Dari mula kami pimpin dan jalan sama-sama. Sebab kami percaya sebagai leader, kami kena tunjuk jalan. Jangan fikir semua orang tahu sendiri. Kami guide step-by-step.

Ada 5 perkara yang kami akan ajarkan kepada Usawahan Dropship Telekung Hiqmah untuk terus mula berniaga :

Kelas Coaching dari founder, Kak Miza yang akan buka minda anda. Minda kita ni powerful tau. Apa yang kita set kan, itulah yang jadi kenyataan. Kalau silap setting dari awal, minda tak terbuka jadi tak akan nampak jalan dan cara. Kelas coaching ni secara online. Setiap minggu ada. Topik semua berbeza-beza tapi impaknya, memang boleh buat tenganga! Selain tu, Kak Miza juga akan share strategi sales dan marketing yang mahal harganya!

Kelas Training Marketing dari CEO dan team. Teknik dan strategi untuk marketing diajarkan dalam kelas ni. Boleh terus buat. Nampak macam simple tapi memang proven. Sekali buat, confirm akan ada yang melekat! Kelas product knowledge pun disediakan, segala material video dan gambar dihantar bertubi-tubi. Kelas sistem dan customer service pun ada jugak bersilih ganti.

 

Team belajar dari guru-guru sales, marketing dan leadership yang terkemuka. Kami invest untuk bawa masuk pakar-pakar di bidang masing-masing untuk mencurahkan ilmu kepada kalian. Seperti Dato Dr Lawrence, Datuk Faridah Hanim (Ibu Hanim) dan Encik Khairul. Ada juga yang kami sponsor dropship ke kelas-kelas berbayar mereka supaya dapat ilmu yang lebih padu dan padat!

Sistem order yang sistematik dan boleh terus dapat slip gaji! Semua order masuk online je. Boleh akses dimana-mana. Telus dan nampak semua stok yang ada. Tinggal pilih nak yang mana. Hujung bulan, boleh nampak dapat “gaji” berapa. Ada slip yang valid untuk kegunaan bank bila diperlukan.

Komisyen untung 10% untuk setiap produk + bonus komisyen bila anda merekrut. Sampai kepada target – dapat lagi loket emas dan cincin emas. Makin ramai anda rekrut, makin senang anda nak dapat gelang emas!

Dan yang lebih penting, ada “sesuatu” yang lebih bernilai kalian akan dapat dengan Ushawan Dropship Telekung Hiqmah.

Ibarat kata guru kami, “Sale hanyalah asbab” – yang penting di sini kami terapkan usahawan yang memegang beberapa value utama :

  1. Kejujuran
  2. Kasih Sayang
  3. Menjaga Ukhuwah

Sehinggakan, terasa ibarat sebuah komuniti yang positif dan saling supportive secara sihat. Jemaah sendiri pun bercakap benda yang sama.

 

 

 

 

 

“Seronok sangat dalam circle TH.

“Tak pressure langsung jual telekung. Sambil golek-golek atas katil pun sales masuk.”

“Memang setiap hari ada je orang tanya, orang beli telekung!” 

Disebabkan itu, kami ingin ajak seberapa ramai suri rumah untuk turut serta dengan kami. Jadi Usahawan Dropship Telekung Hiqmah ni

  • Tak perlukan modal langsung. Hari ni daftar, boleh terus bermula
  • Tak payah pening nak simpan stock. Dari A-Z memang HQ yang uruskan.
  • Tak perlu pun nak keluar ke poslaju atau J&T hantar parcel. Biar kami bungkuskan

Senang kan? Modal cumalah handphone dan data internet je. Masih lagi boleh uruskan makan pakai anak-anak dan suami. Masih ada masa untuk lihat mereka membesar depan mata. Dan paling utama, ada masa untuk beribadah dengan baik dan sempurna. Sebab semua urusan niaga Telekung Hiqmah adalah fleksibel dan tak kira dimana-mana. Nak buat balik kampung pun boleh je!

Mari kami tunjuk pula beberapa Proven Result hasil jual Telekung Hiqmah. Jangan ada yang tak percaya ye, mereka ni pun bermula daripada “cuba-cuba”. Tahu-tahu masing-masing mencanak-canak sales setiap bulan. Sampaikan dapat loket emas berderet-deret, dapat cincin emas, dapat gelang emas. Duit komisyen dan bonus komisyen jangan cerita. Memang ada dan lumayan nilainya!

 

 

 

 

 

Buangkan perasaan takut dan segan dalam kepala. Mereka ini pun begitu juga dulu. Namun, satu perkara yang mereka pegang adalah “Berani Mencuba dan Buat Sehabis Baik”.

Kita ni jual telekung. Pakaian solat yang mengajak orang bersolat dengan sempurna. Jadi memang insya Allah, orang suka. Sehingga hari ni dah lebih 2000 jemaah usahawan dropship di bawah Telekung Hiqmah dan ada beberapa leaders yang sama-sama sedia untuk membantu dan groom anda buat jualan jadi luar biasa!

 

Jadi adakah anda bersedia? 

Kami bukan sembang-sembang! Semua ni memang dah berlaku. Dah jadi dalam sejarah Telekung Hiqmah. Dah tak perlu anda terfikir-fikir nak jadi Usahawan Dropship Telekung Hiqmah. Yang untungnya anda, yang berjayanya anda juga. Yang paling penting kami hanya mahukan mereka yang komited, serious dan boleh bersama kami dalam perjuangan ini.

Kejayaan tidak datang bergolek. Tapi kejayaan hanya datang pada mereka yang tak pernah putus asa dan terus berusaha.

Ayuh! Mulakan sekarang!