Notis Perlindungan Data Peribadi
JUTA HIQMAH GROUP SDN. BHD.
(Berkuatkuasa pada: 01.01.2021)
(Terakhir dikemaskini pada: 14.06.2024)
PENGENALAN
Juta Hiqmah Group Sdn. Bhd. mengambil berat mengenai perlindungan data peribadi anda.
Notis ini menjelaskan bagaimana Juta Hiqmah Group Sdn. Bhd. memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.
PENGUMPULAN
Untuk pembeli: Kami mengumpul data peribadi iaitu nama, alamat rumah, alamat e-mel dan nombor telefon anda.
Untuk Reseller / Dropship: Kami mengumpul data peribadi iaitu nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, alamat e-mel dan nombor telefon anda. Kami mengambil maklumat MyKad (no. kad pengenalan) dan akaun bank yang sama dengan identiti dalam MyKad Reseller bagi tujuan pembayaran komisen (maklumat ini diperlukan oleh pihak bank).
SUMBER PENGUMPULAN
Kami mendapatkan data peribadi anda daripada:
1. Borang pendaftaran ahli baru di laman sesawang telekunghiqmah.com (pembeli) dan hiqmah.biz (Reseller / Dropship).
2. Borang pembelian
3. Cookies
4. Aplikasi “messaging” seperti SMS, WhatsApp dan Messenger Facebook / Instagram.
5. Panggilan telefon
6. E-mel
TUJUAN PENGUMPULAN
Kami mengumpul data peribadi anda untuk:
1. Memproses permohonan anda untuk membeli produk / servis kami atau bagi pendaftaran sebagai Reseller / Dropship.
2. Menghantar produk kami kepada lokasi pilihan anda
3. Menyelesaikan aduan / masalah penghantaran (sekiranya berlaku)
4. Menghantar pemasaran produk baru atau promosi kepada anda dari semasa ke semasa
5. Menghubungi anda untuk tujuan penambahbaikan produk dan perkhidmatan kami.
6. Pembayaran komisen, bonus dan lain-lain.
BAGAIMANA DIPROSES
Kami memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia.
PENZAHIRAN
Kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada:
1. Pihak kurier dilantik bagi menghantar produk yang dibeli oleh anda
2. Pihak berkuasa untuk tujuan undang-undang apabila diperlukan
LANGKAH KESELAMATAN
Kami mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi data peribadi anda:
1. Memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta 709
2. Memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda
3. Mempunyai kontrak perlindungan data peribadi dengan pihak pembekal sistem dilantik, pihak kurier dilantik.
Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan dengan baik dan tidak menzahirkannya kepada pihak lain bagi mengelakkan risiko pencerobohan terhadap data peribadi anda.
TEMPOH PENYIMPANAN
Kami akan menyimpan data peribadi anda selagi anda menjadi pelanggan kami. Sekiranya anda tidak lagi menjadi pelanggan kami, data peribadi anda akan dihapuskan secara kekal.
HAK ANDA
Anda berhak untuk:
1. Membetulkan / mengemaskini data peribadi anda (pautkan borang pembetulan data peribadi)
2. Mengakses data peribadi anda yang kami simpan
3. Menghentikan promosi produk kami kepada anda
4. Menarik balik persetujuan memproses data peribadi.
HUBUNGI KAMI
Anda boleh hubungi kami berkaitan data peribadi anda melalui:
Pegawai Khidmat Pelanggan
Alamat: Juta Hiqmah Group Sdn Bhd (1446049-W), 52-1 Jalan Danau Niaga 1, Plaza Usahawan, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03 – 4131 2447 / 019 – 474 0773
Alamat E-mel: general@jutahiqmahglobal.biz