PROSES PEMBUNGKUSAN

1. Pihak Telekung Hiqmah akan memproses pesanan anda (pelanggan) dalam tempoh masa 24-48 jam setelah pesanan diterima.

2. Tempahan diproses pada hari dan waktu bekerja sahaja, dan tertakluk kepada situasi semasa seperti PKP dan Cuti Umum.

Hari bekerja: Isnin-Jumaat
Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang

3. Proses ship out bungkusan (parcel) bergantung kepada pihak kurier (pickup). Jika berlaku situasi pihak kurier tidak hadir pickup atau sebagainya, ia adalah di luar kawalan pihak Telekung Hiqmah.

4. Jangkaan parcel sampai adalah antara 5 hingga 7 hari masa bekerja untuk Semenanjung Malaysia, 7 hingga 14 hari masa bekerja Sabah dan Sarawak.

 

KURIER

1. Telekung Hiqmah menggunakan perkhidmatan EasyParcel untuk membuat penghantaran produk. Melalui EasyParcel, beberapa kurier telah dipilih seperti PosLaju dan J&T. Pihak Telekung Hiqmah berhak menentukan kurier mana yang akan digunakan.

Untuk Malaysia, kurier PosLaju, J&T akan digunakan.

Untuk negara luar Malaysia, antara kurier yang akan digunakan adalah seperti ARAMEX, Teleport dan Janio.

2. Sebaik sahaja produk dipos melalui kurier, nombor tracking akan diemelkan kepada pembeli.

3. Pembeli bertanggungjawab untuk membuat semakan pergerakan penghantaran dari semasa ke semasa, dan menghubungi terus pihak kurier untuk sebarang pertanyaan.

4. Pihak Telekung Hiqmah tidak bertanggungjawab di atas kerugian akibat kerosakan atau kehilangan barang semasa penghantaran disebabkan oleh kesilapan pihak kurier.

5. Pihak Telekung Hiqmah boleh membantu pelanggan untuk sebarang situasi yang berlaku yang disebabkan oleh pihak kurier. Namun pihak pelanggan sebaiknya terlebih dahulu menghubungi pihak kurier.

6. Pelanggan perlu menanggung kos pos (bagi urusan penggantian) jika produk yang diterima bukan yang mahu dibeli disebabkan kesilapan pelanggan sendiri semasa membuat pesanan.

7. Kadar tempoh masa penghantaran oleh pihak kurier adalah di luar bidang kuasa Telekung Hiqmah.

8. Untuk penghantaran lain seperti melalui perkhidmatan Grab, LalaMove, BungkusIT dan lain-lain, sila hubungi kami terlebih dahulu sebelum membuat pesanan. No telefon kami seperti di atas website ini.

 

KOS PENGHANTARAN

1. Kos penghantaran adalah berdasarkan berat. Klik di sini untuk lihat kadar pos semasa.

2. Kadar kos penghantaran ini boleh berubah pada bila-bila masa tanpa makluman terlebih dahulu.

3. Kos penghantaran adalah di luar kawalan pihak Telekung Hiqmah. Namun Telekung Hiqmah sentiasa berusaha untuk mengenakan kos penghantaran yang tidak terlalu tinggi.

 

Dengan membuat pesanan dan pembelian di website ini, anda (pelanggan) secara automatik bersetuju dengan terma & syarat serta segala polisi yang ditetapkan oleh pihak Telekung Hiqmah.

 

SHIPPING POLICY INI BOLEH BERUBAH PADA BILA-BILA MASA TANPA PERLU MAKLUMAN ATAU NOTIS TERLEBIH DAHULU.